Fyna Jebat Sah Cerai Lepas 5 Bulan Kahwin

Hari ini, timbul dakwaan mengatakan bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan telah berpisah dengan isteri keduanya iaitu penyanyi, Fyna Jebat.

Dakwaan itu dibuat oleh anak Zainal Abidin sendiri iaitu Zahira Aisyah menerusi satu ruangan komen di Instagram.

Terbaru, Harian Metro melaporkan saudara terdekat Zainal Abidin mengesahkan pasangan itu sudah bercerai sejak dua minggu yang lalu.



Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai.

Sumber berkata, apa yang dikatakan anak Zainal Abidin di media sosial hari ini adalah benar.

Terdahulu, Fyna Jebat dan madunya Datin Zalina Zaini pernah dikaitkan dengan kes pergaduhan di sebuah restoran. Pasangan itu dikata mula bertengkar selepas madu Fyna didakwa mengeluarkan kata-kata kesat.

Pergaduhan tersebut mencetuskan insiden tarik rambut menyebabkan masing-masing membuat laporan polis.



Kredit: Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button