Isteri Berpura-Pura Curang Berakhir Suami Bunuh Diri

Bangkok: Rancangan seorang wanita yang kononnya bermain kayu tiga untuk membuatkan suaminya cemburu berakhir dengan tragedi.

Portal The Thaiger melaporkan, wanita dikenali May tersilap percaturan apabila suaminya membunuh diri di Hutan Chon Buri selepas dapat tahu dia berhubung dengan seorang lelaki warga Korea melalui telefon.

Hakikatnya, May yang berusia 49 tahun hanya berpura-pura bercakap dengan lelaki lain untuk menguji suaminya.



May berkongsi dengan media bahawa dia dihubungi polis siber yang bertanyakan sama ada suaminya masih bersamanya atau tidak kerana menerima maklumat lelaki itu memuat naik nota bunuh diri di Facebook (Fb).

Pegawai dari Balai Polis Samet mengesahkan mangsa memuat naik hantaran itu di akaun Facebook (fb) miliknya.

“Saya harap semua orang gembira. Dia seorang yang baik, tetapi saya tidak. Selamat tinggal semua,” tulis lelaki itu dalam nota berkenaan.

May mendedahkan dia cuba menghubungi suaminya sebaik dimaklumkan namun tidak berjaya.



Dia cuba mencari suaminya dan menemui kesan tapak kaki yang menuju ke hutan berhampiran.

May ikut kesan tapak kaki itu sebelum menemui jasad suaminya terbaring di atas tanah.

Melihat keadaan suaminya, May cuba memanggilnya dan beritahu dia sudah menyediakan makan malam tetapi panggilannya tidak dijawab.

Sebaik mendekati jasad suaminya, baru May sedar lelaki itu sudah tidak bernyawa selepas menggantung diri.



Menurut May, motif suaminya membunuh diri adalah cemburu dan dia bukan hanya berpura-pura menjalin hubungan dengan lelaki lain malah turut memuat naik tangkap layar skrin panggilan di Facebook (Fb).

Suaminya melihatnya dan menjadi cemburu kemudian mengancam untuk membunuh diri dan benar-benar melakukannya.

Difahamkan, mayat suami May dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan wanita itu disoal siasat oleh polis.

Rata-rata netizen Thailand memuji polis siber atas kecekapan dan perhatian mereka terhadap isu kesihatan mental penduduk.



Sementara yang lain menyalahkan May atas apa dilakukan terhadap suaminya.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button