KJ bakal masuk Bersatu?

PN tawar jawatan MT, DAP tawar jawatan PM

Oleh Nurul Aisyah

“Kalau dia masuk Bersatu kita tawar dia Majlis Tertinggi, jika dia setuju kerana kami tahu dia boleh menyumbang,” kata Muhyiddin.

NAMPAKNYA parti Perikatan Nasional benar-benar mahu Khairy Jamaluddin (KJ) menyertai parti tersebut. Kali pertama Muhyiddin membuat tawaran pada KJ pada 2016 apabila parti itu baru ditubuhkan. Ketika itu Muhyiddin dipecat daripada Umno.

Muhyiddin berkata menjadi harapan semua dalam PN agar KJ menyertai mereka. Setakat ini KJ belum membuat permohonan untuk menyertai PN namun desas desus bertiuo kencang mengatakan menantu Pak Lah itu bakal menyertai PPBM dalam masa terdekat.

Walaubagaimana pun PN tidak berhasrat menawarkan jawatan menteri besar kepada KJ jika beliau menyertai PN.

KJ dipecat daripada Umno pada Januari 2023 ketika Presidennya Ahmad Zahid Hamidi mengambil langkah drastik membersihkan parti itu.

Untuk makluman sepanjang KJ menjadi ahli UMNO, beliau sentiasa menkritik parti tertua di Malaysia itu seolah-olah KJ jurucakap kepada PKR dan DAP. Malah orang kanan beliau juga dikatakan cenderung kepada Pakatan Harapan (PH).

Adakah KJ sebenarnya sedang menanti tawaran daripada parti PKR?

Sebelum ini Bekas Ahli Parlimen Bangi, DAP Ong Kian Ming, berkata KJ dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP kerana parti itu ketiadaan calon perdana menteri. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan KJ sebab beliau dan Shahril perlu menyertai DAP di siaran podcast, ‘KeluarSekejap’ di saluran YouTube.

Kita amat maklum bahawa KJ “aim” jawatan PM sejak dahulu lagi. Muhyiddin hanya tawarkan jawatan MT pada KJ manakala DAP pula tawarkan jawatan PM. Agak-agaknya KJ akhirnya akan sertai parti mana.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker