Neelofa kata suami ‘approve’ dulu setiap penampilannya

Isu pemakaian kembali ditimbulkan

Neelofa kata suami ‘approve’ dulu setiap penampilannya

Neelofa kata suami 'approve' dulu setiap penampilannya
Setiap gaya dan penampilan di khalayak ramai mendapat keizinan suami.
SELESAI isu dedah wajah anak, nama selebriti Neelofa kembali hangat diperkatakan apabila penampilannya yang berniqab kembali dipertikaian segelintir pihak.Tidak hanya itu, gaya dan fesyen pilihannya turut dikritik netizen apabila ada di antaranya dikatakan tidak bersesuaian dengan imejnya.Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menjelaskan setiap gaya dan penampilan di khalayak sebenarnya mendapat keizinan suami, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail.

Neelofa kata suami 'approve' dulu setiap penampilannya
Neelofa berkongsi di instastory (Kredit: lofa.page).

Bekas pengacara program MeleTop ini memberitahu, kebiasaannya Haris akan membantu ‘meluluskan’ setiap penampilannya.

“Dialah yang tolong pinkan tudung belakang saya.

“Yang tolong ikat baju, yang tolong luluskan setiap penampilan saya,” katanya.

Neelofa berkata demikian menerusi Instagram Story miliknya.

Neelofa kata suami 'approve' dulu setiap penampilannya
Selebriti ini mengakui masih banyak kelemahan diri.

Dalam pada itu, peminat selebriti itu turut memohon orang ramai tidak lagi mempertikaikan penampilan Neelofa yang sentiasa tidak kena di mata netizen.

Malah orang luar tidak perlu berasa bimbang dengan apa dipakai Neelofa kerna semuanya mendapat keizinan suaminya sendiri.

“Untuk yang sibuk cakap pakaian dan tudung Neelofa itu dan ini, tak perlulah risau sebab dia dah dapat keizinan suaminya,” tulis netizen.

Meskipun sering dikecam masyarakat, Neelofa mengakui dirinya masih banyak kelemahan dan berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan dirinya.

Merrywati Manuil dedah sebab pakai tudung

Neelofa kata suami ‘approve’ dulu setiap penampilannya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker