Seorang lagi pemilik syarikat direman SPRM kes Penjana

Shah Alam: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu secara atas talian kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan bayaran insentif pengambilan pekerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).

Permohonan reman dua hari bermula hari ini, sehingga esok terhadap suspek lelaki berusia 45 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Sumber berkata, lelaki terbabit dipercayai sudah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM370,000 sekitar 2020 sehingga 2021.

Katanya, lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor jam 1 tengah hari semalam, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 471 kanun Keseksaan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker