Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia

Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia

Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dibantu polis mengusung mayat warga emas yang ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur. – Foto ihsan PDRM

SIK: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di kawasan berbukit di kebun getah FELDA Teloi Timur, di sini hari ini.

Terdahulu, mangsa, 73, ditemui anaknya yang berusi 25 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika keluar mencari warga emas yang dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menoreh kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, anak mangsa menghubungi hospital sebelum pasukan perubatan dari Hospital Sik tiba di lokasi dan mengesahkan warga emas itu sudah meninggal dunia



Beliau berkata, berdasarkan maklumat mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

“Siasatan di lokasi tidak mengesan sebarang unsur jenayah atau khianat dan mayat warga emas itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut,” katanya.

Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button