2 tahun bercinta tidak sedar teman lelaki adalah wanita
London: Malang nasib seorang wanita apabila terlanjur menjalin hubungan dengan individu yang menyamar sebagai lelaki.
Mirror UK melaporkan, lebih malang lagi apabila wanita tidak didedahkan identitinya itu mendakwa sudah dua tahun menjalin hubungan dengan ‘kekasihnya’ itu hingga dua kali terlanjur melakukan hubungan seks.
Difahamkan, mereka sebelum ini pernah merancang untuk berkahwin tetapi tidak diteruskan selepas penipuan tertuduh, Blade Silvano, 40, terbongkar.
Menurut pendakwa raya, pasangan itu berkenalan secara dalam talian pada akhir 2016 apabila Silvano memuat naik statusnya di sebuah ruang mencari teman wanita.
Pertemuan pertama mereka adalah pada Disember tahun yang sama sebelum terlanjur melakukan hubungan seks sebanyak dua kali.
Michael Hillman mewakili pihak pendakwaan berkata Silvano terus menyembunyikan identiti sebenar dengan menggunakan ‘barang tidak diketahui’ dan sentiasa memakai baju T.
Mangsa yang terkejut hanya mengetahui jantina sebenar ‘kekasihnya’ melalui Facebook (Fb) dua tahun selepas menjalin hubungan dan pernah menangguhkan perkahwinan yang dirancang kerana ‘penyakit’ defendan.
Silvano kini dibicarakan di Mahkamah Mahkota Cambridge dan menafikan dua pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Dalam keterangan, mangsa memberitahu ‘teman lelakinya’ itu menggunakan nama Blade Mendez dan memberitahu polis dia tidak pernah bersetuju untuk melakukan hubungan seksual dengan seorang wanita.
Semasa pemeriksaan balas, mangsa didakwa menafikan keseluruhan hubungan itu adalah sebahagian daripada lakonan dan fantasi antara mereka.
“Saya hanya mengenali Blade sebagai seorang lelaki,” katanya.
AGENSI