Fyna Tutup Telefon, Ayda Jebat Pula Dah Penat

Selepas lima bulan berumah tangga, penyanyi Fyna Jebat dikatakan telah bercerai dengan suaminya yang merupakan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Sumber terdekat iaitu saudara Zainal Abidin memaklumkan punca penceraian disebabkan Fyna tak mencapai persefahaman dengan madunya, Datin Zalina Zaini.

Usaha pihak media untuk mendapatkan respon daripada Fyna gagal apabila penyanyi itu tak mengaktifkan telefon.

Memetik laporan Harian Metro, kakak Fyna iaitu Ayda Jebat enggan masuk campur isu rumah tangga adiknya itu.

Penyanyi itu meminta pihak media menghubungi Fyna sendiri bertanyakan isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu juga mengaku sudah penat perlu menjawab isu yang melibatkan adiknya.

Terdahulu, nama Fyna hangat diperkatakan apabila menjadi kepada bekas jurulatih terkenal Malaysia. Lebih panas lagi apabila perkahwinan itu dikatakan tak mendapat persetujuan isteri pertama sehingga berlaku pergaduhan di sebuah restoran.

Kredit: Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker