KJ pun bosan PAS asyik politikkan Coldplay

PAS hanya mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi sahaja.

Oleh Nurul Aisyah

KITA semua tahu PAS merupakan parti yang mempergunakan Islam untuk kepentingan peribadi. Tidak wujud erti keikhlasan sebenar dalam setiap tindakan mereka. Sebenarnya ini memang mengundang kebencian dikalangan golongan muda. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Khairy Jamaluddin (KJ) bersuara mengecam tindakan PAS tersebut.

Sebagaimana yang kita tahu, KJ sentiasa lakukan apa sahaja asalkan ianya dapat mempopularkan diri beliau. Ketika KJ memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, beliau gagal menarik sokongan orang muda kerana beliau hanya mempromosi diri beliau tanpa membawa identiti Pemuda UMNO.

KJ sesuai bergerak solo sebagai individu kerana beliau tidak mampu membawa parti cemerlang bersama.

“Kalau tak nak pergi Coldplay, jangan pergi, that’s all (itu saja),” demikian pesanan dititipkan KJ buat pemimpin serta penyokong PAS.

KJ menyeru PAS agar mereka menghentikan desakan kepada kerajaan untuk membatalkan konsert siri jelajah kumpulan dari Britain itu yang dijadual berlangsung 22 Nov depan.

Ketika KJ diajukan soalan oleh Shahril mengenai tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengalu-alukan kedatangan kumpulan yang didakwa sesetengah pihak sebagai menyokong LGBT itu, KJ berkata, memang wajar Anwar membuka ruang untuk Coldplay mengadakan persembahan di negara ini kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan.

Semalam tokoh ulama PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani, mengaitkan beberapa bencana alam dengan penganjuran konsert Coldplay dan menganggap ia sebagai peringatan daripada Allah.

Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan juga mahu kerajaan membatalkan konsert Coldplay yang dilabelkan persembahan tidak membawa sebarang kebaikan untuk negara, agama dan rakyat negara ini. Nasrudin mempersoalkan jika tindakan kerajaan itu bertujuan mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang di negara ini.

Persoalannya PAS dilihat “cakap tidak serupa bikin”. Mengapa PAS tidak mengkritik atau membatalkan beberapa konsert berskala besar pernah diadakan sewaktu parti itu berada dalam kerajaan?

Jawapannya mudah, PAS hanya mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi sahaja. Mereka tidak pernah ikhlas berjuang untuk Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker