Malaysia bertemu Denmark di suku akhir Piala Sudirman

Kuala Lumpur: Skuad berpasukan campuran negara yang muncul juara Kumpulan C diundi menentang Denmark untuk saingan suku akhir Piala Sudirman 2023.

Jika berjaya menumpaskan naib juara Kumpulan A itu pasukan negara bakal berentap di antara Korea Selatan atau Taiwan di pusingan separuh akhir.

Undian sebentar tadi juga menyaksikan juara bertahan, China akan bertemu Indonesia manakala Thailand yang muncul juara Kumpulan B menentang naib juara Kumpulan D, Jepun.

Pada aksi peringkat kumpulan, Malaysia cemerlang apabila muncul juara selepas menang semua tiga perlawanan menentang Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.



Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara sehingga separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.

Undian Suku akhir :

China mln Indonesia

Thailand mln Jepun



Malaysia mln Denmark

Korea Selatan mln Taiwan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker