PN Hadapi Defisit Sokongan Pengundi Melayu Dalam 6 PRN

PN Hadapi Defisit Sokongan Pengundi Melayu Dalam 6 PRN

PN Hadapi Defisit Sokongan Pengundi Melayu Dalam 6 PRN

Parti teras di dalam Perikatan Nasional adalah PAS dan PPBM.

Manakala kewujudan parti lain seperti Gerakan adalah ibarat melukut di tepi gantang, ada tidak menambah, tiada tidak mengurangkan.

Masalah utama antara PAS dan PPBM adalah mereka bergantung kepada sokongan dari kelompok pengundi yang sama, pengundi Melayu.



PAS sememangnya diakui mempunyai kumpulan pengundi tegar, terutamanya di negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Untuk negeri Kedah, kekuatan PAS masih lagi diragui.

Manakala PPBM pula, parti tersebut masih lagi belum mempunyai pengundi tegar di mana-mana negeri.

Tidak dapat dinafikan, kejayaan PPBM menambah beberapa kerusi parlimen dalam PRU 15 adalah atas ehsan pengundi PAS.



Kalau hendak diharapkan pengundi PPBM tanpa bantuan pengundi PAS, besar kemungkinan ramai calon PPBM akn kehilangan duit deposit.

Dalam menghadapi pilihanraya di 6 buah negeri, PN dijangka akan menghadapi masalah defisit sokongan pengundi Melayu.

Proklamasi Melayu Membunuh Sokongan Melayu Pada PN

Kesilapan yang paling besar dilakukan adalah apabila presiden PAS, Hadi Awang, menjalinkan kerjasama dengan Dr Mahathir dalam Proklamasi Melayu.

Jangan lupa, luka ahli PAS di peringkat akar umbi berkenaan Tragedi Memali, terutamanya di Kedah masih lagi berdarah.



Orang yang bertanggungjawab terhadap Tragedi Memali, adalah Dr Mahathir.

Walau pun beliau cuba meletakkan kesalahan kepada Musa Hitam yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu, namun segalanya telah terbongkar.



Lebih mengguris hati ahli PAS di Kedah apabila Dr Mahathir pernah menganggap korban Memali bukan mati syahid, tetapi mati katak.

Dan kini Hadi Awang dilihat melutut di kaki orang yang menganggap korban memali sebagai mati katak.

Manakala di Kelantan pula, khabar angin bertiup kencang, anak Allahyarham Nik Aziz, Nik Abduh, dikatakan bakal meninggalkan PAS.

Seandainya ini berlaku, tidak mustahil PAS akan kehilangan kubu kuat yang telah mereka kuasai selema berdekad.



Kuatnya PAS di Kelantan kerana pengaruh Allahyarham Nik Aziz masih mencengkam ahli PAS di sana.

Sekiranya legasi Allahyarham Nik Aziz meninggalkan PAS, besar kemungkinan akan berlaku angin perubahan di negeri Cik Siti Wan Kembang.

 

PN Hadapi Defisit Sokongan Pengundi Melayu Dalam 6 PRN

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button