DILANJUTKAN LIMA HARI TAHANAN REMAN – PENDAKWAH SELEBRITI NAFI SEMUA PERTUDUHAN

“Anak guam saya menafikan sebarang tuduhan-tuduhan yang dibuat dan sedia beri kerjasama kepada pihak polis bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Dia juga akan cuba untuk membersihkan nama mengikut peruntukan undang-undang.

Image_1.jpg

“Saya dimaklumkan ada banyak laporan polis yang muncul dari merata-rata, ada kemungkinan dia akan disambung reman di balai-balai lain,” jelas peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang memaklumkan anak guamnya, pendakwah selebriti menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Ahmad Amzar berkata pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang. Perintah reman terhadap pendakwah selebriti dilanjutkan selama lima hari bermula esok sehingga Ahad ini.

Timbalan Pendaftar Tuan Ahmad Feisal Mohd Azmi mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan reman daripada pihak polis terhadap suspek.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Suspek yang sepatutnya tamat tahanan reman bagi kes pertamanya pada Selasa ini akan terus disiasat selepas polis menerima enam laporan masing-masing membabitkan lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

Sebelumnya, pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11 pagi. Pada malam Isnin, polis menerima enam laporan kes salah laku seks berkaitan pendakwah yang turut bergelar penyanyi itu.

Siasatan bakal dijalankan di bawah kesalahan kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

Terdahulu, pendakwah selebriti yang dikenali menerusi sebuah rancangan realiti keagamaan itu direman lima hari pada 27 November bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Bapa pendakwah selebriti harap orang tidak terus menghukum

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker