Resepi Kek Batik Milo

Resepi Kek Batik Milo
Resepi Kek Batik Milo

 

Jom ikut Che Nom buat kek batik Milo terpaling sempoi. Dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja kita akan dapat hasilkan kek batik yang penuh dengan rasa coklat dan berlemak manis. Kek batik ni jenis yang lembut tapi masih rangup nya tu, memang terbaik rasanya. Kek batik ni tak perlukan telur dan tak perlu serbuk koko pun.

Che Nom hasilkan resepi ni sempena cuti sekolah yang dah pun bermula, jadi boleh lah buat aktiviti masak-memasak dengan anak-anak kat rumah. Mesti best kan. Sukatan pun mudah sangat, tak perlu sukat cawan metrik, tak perlu timbang. Gerenti jadi punya.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kek batik:
    • 1 pek/ 200g Milo
    • 1/2 cwn/ 110g mentega
    • 1/2 cwn/ 120ml susu pekat
    • 1 pek/ 220g biskut marie
    • 1/4 cwn/ 60ml air panas

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kek batik:
    1. Patah-patahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian
    2. Gris loyang dengan majerin dan alas dengan kertas baking atau plastik untuk senang keluarkan kek nanti.
    3. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
    4. Masukkan milo, susu pekat, dan air panas. Kacau kesemua bahan sampai cair sekata dan tak berketul.
    5. Masak atas api perlahan.
    6. Kalau terkuat api dan adunan terlalu kering atau pekat sangat, boleh tambah air panas 2-3 sudu dan teruskan kacau.
    7. Masukkan biskut marie dan kacau sampai bersalut sekata,
    8. Susun masuk biskut dalam loyang dan tekan rapat.
    9. Sejukkan kek dalam chiller sekurang-kurangnya 2 jam.
    10. Keluarkan kek dari loyang dan tabur serbuk milo atas kek sebagai hiasan.
    11. Potong dan sedia untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Cara mudah untuk potong kertas baking untuk loyang bulat, potong kertas baking lebih besar sikit dari loyang. Kemudian lipat menjadi 4 bahagian sama besar. Dan lipat lagi sisi hujung kertas 3-4 kali menjadi segitiga. Letak hujung lipatan kertas pada bahagian tengah loyang, sukat dan gunting mengikut panjang diameter loyang yang anda. Buka lipatan dan masukkan dalam loyang seperti biasa.
  • Jaga api jangan kuat takut nanti berkerak atau hangus lagi susah.
  • Masa masukkan adunan kek dalam loyang, Che Nom biasanya masukkan sikit-sikit untuk lebih mudah ratakan kek. Susun sikit-sikit untuk kurangkan rongga-rongga yang kosong.
  • Masa ratakan kek, jangan tekan terlalu kuat takut keras bila nak potong.
  • Sebelum potong kek, celup pisau dalam air panas untuk potongan yang lebih kemas. Boleh juga lap juga pisau dengan tisu kalau pisau melekit setiap kali potong.

Resipi Kek Batik Sedap

Resepi Kek Batik Milo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker