Seleweng RM2.3 billion, Mahathir akan disiasat?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Seleweng RM2.3 billion, Mahathir akan disiasat?

Berikutan penahanan seorang bekas Menteri dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri oleh SPRM, adakah Tun Mahathir akan turut disiasat?



Menurut laporan sumber, penahanan tersebut dikaitkan dengan transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” – Laporan BERNAMA – 19/5/2023

Meneliti laporan tersebut, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri dari 1981-2003 dan pada ketika zaman beliau dikatakan berlaku banyak ‘bail out’ projek terutama melibatkan kroni sekelilingnya.

Pihak SPRM turut mengesahkan penahanan tersebut turut berkait dengan laporan Pandora Papers yang pernah didedahkan di Parlimen.



Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata siasatan bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

Mahathir pernah mendakwa George Soros sebagai penyangak matawang sekitar tahun 1997 namun menarik balik kata-kata tersebut semasa bertemu Soros tidak lama kemudian.

Pada 1997, negara mengalami krisi kewangan teruk sehingga Mahathir terpaksa mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan. Beliau menuduh Soros sebagai ‘spekulator matawang’ yang perlu dipertanggungjawabkan atas krisis yang melanda.

DC Leak mendakwa bahawa Open Society Foundations (OSF) yang dimiliki Soros telah memberikan dana kepada beberapa organisasi tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Islamic Renaissance Front, Merdeka Centre for Opinion Research, Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Citizen Journalists Malaysia (Sabah) and the Committee For Free Elections (Comfrel).
OSF juga didakwa cuba mempengaruhi pilihan raya negara pada 2018 melalui program-program seperti kempen menggerakkan pengundi. – Laporan BERNAMA – 5/11/2016

BERSALAMAN DAN LUPAKAN TUDUHAN DENGAN MUDAH



Namun pada 2006, Mahathir mengubah tuduhan tersebut semasa pertemuan beliau bersama Soros di Kuala Lumpur.

Jika membaca apa yang dinyatakan pihak SPRM, ia menjurus kearah ketika Mahathir masih berkuasa.

Semua tahu siapa kalangan ahli perniagaan yang sentiasa bersama Mahathir dan berada dalam ‘circle’ beliau selama ini.

Biarlah pihak SPRM menjalankan tugas mereka tanpa diganggu gugat mana-mana pihak terutama yang masih mempunyai saki baki pengaruh terhadap agensi tertentu.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button