Sharifah Sakinah Pakai ‘Circle Sequin Dress Hot’
Penampilan pelakon Sharifah Sakinah sering kali menerima perhatian netizen dengan gayanya yang dikatakan ‘keterlaluan’.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Sakinah memuat naik video dan beberapa keping gambarnya dengan menggayakan ‘circle sequin dress‘ berwarna merah jambu.
Difahamkan, baju tersebut direka oleh pereka fesyen Afiq M untuk dirinya yang menghadiri majlis pelancaran produk kecantikan dari Perancis.
Walau bagaimanapun, busana yang digayakan itu kelihatan terlalu mendedah sehingga mencetus rasa kesian dalam kalangan netizen yang melihat pelakon drama ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ tersebut.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penampilan Sakinah tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang mendoakan agar menerima hidayah agar serta sempat kembali ke jalan Allah.
Sumber: Instagram @sharifah_sakinah