Mitchell, Ady ceria di Sepang

Mitchell, Ady ceria di Sepang
Mitchell dan Ady meraikan kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang.

Mitchell, Ady ceria di Sepang

KUALA LUMPUR: Tidak ada kegembiraan yang lebih berharga buat Mitchell Cheah yang meraih dua kemenangan dalam kelas S Production 2 Siri Kejuaraan Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Kemenangan Mitchell bersama rakan sepasukannya di 23 Motors, Ady Rahimy tentunya bakal memberi suntikan semangat bagi mengharungi dua lagi baki perlumbaan esok.

“Saingan kedua bagi tahun ini,” kata Mitchell. “Tidak ada perasaan yang lebih baik berbanding berada di atas (podium) sekali lagi, dua kemenangan.

“Esok ada dua lagi perlumbaan yang tentunya sengit kerana kami perlu meletakkan bebanan 30 kilogram (kg) terhadap jentera bagi menjadikan kejuaraan lebih menarik.

“Apapun, kami mengharapkan dapat melakukan yang terbaik dan capai keputusan yang sama.”

Pada Perlumbaan 1, gandingan Mitchell-Andy yang menggunakan jentera Honda Jazz GK5 melengkapkan 21 pusingan saingan dengan catatan 1 jam 2 minit 09.905 saat sebelum menguasai Perlumbaan 2 dengan catatan 1:02:33.788s.

Mengulas mengenai strategi esok, Mitchell berkata: “Beraksi dengan selamat, memandu dengan pantas dan berusaha sebaik mungkin. Selain itu, diharapkan semuanya berjalan dengan lancar dan dapatkan keputusan yang baik,”.

Mitchell, Ady ceria di Sepang



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker