TikToker Dikecam Dakwa Punca Anak ‘Speech Delay’ Sebab Tanam Uri Terlalu Dalam

Tular baru-baru ini, seorang TikToker berkongsi petua-petua pelik tentang cara untuk ibu bapa memulihkan anak-anak yang mempunyai masalah ‘speech delay’.

Seorang pengguna Facebook (FB) berkongsi satu hantaran tular yang dimuat naik di TikTok yang mendakwa punca masalah ‘speech delay’ dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan uri bayi ditanam terlalu dalam.

Lebih aneh lagi, TikToker itu juga mendakwa masalah tersebut dapat dipulihkan dengan menggunakan beberapa jenis air iaitu air didihan bubur nasi, air mandian bilisan terakhir ibu kanak-kanak berkenaan dan air kolah masjid.

Speech delay tengok punca dulu. Kalau sebab tanam uri dalam sangat bawak air didihan bubur nasi. Bawa air mandian bilasan terakhir ibu budak tersebut. Mandi jam 1.30 tengahari Selasa. Bawa air tujuh kolah masjid.

Susulan itu, pengguna FB tersebut menegur sesetengah TikToker yang gemar membuat kandungan dengan fakta yang salah selain mempunyai cara pemikiran yang mengarut.



Saya dah berhenti kongsikan apa-apa kandungan di TkTok, walaupun saya dah ada 21.5 ribu pengikut.

Sebab mereka punya tahap pemikiran itu, apa saya nak kata ya…pekat sangat. Dah macam syirik pun ada. Saya rasa letih dan malas nak layan TikTok dah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan kerisauan mereka terhadap perkongsian seperti itu yang berleluasa di laman sosial TikTok kerana akan ada individu-individu yang percaya pada perkara sedemikian sedangkan ianya salah.

Sumber: Facebook

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker