Dua penuntut UiTM maut nahas motosikal

Dua penuntut UiTM maut nahas motosikal

Dua penuntut UiTM maut nahas motosikal
Kemalangan di jalan raya di Kilometer (Km) 2, Jalan Kundur- Pilin, di sini, awal pagi tadi yang membabitkan dua motosikal menyebabkan dua penuntut UiTM Kampus Rembau, maut. Foto ihsan polis.

REMBAU: Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (Km) 2, Jalan Kundur- Pilin, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Muhammad Adib Roszaidi, 21, dan Muhammad Aiman Roslee, 21, dikatakan menunggang motosikal masing-masing dalam perjalanan ke arah Pilin.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata seorang lagi mangsa yang berusia 21 tahun iaitu pembonceng motosikal kedua mengalami kecederaan parah.



“Siasatan awal mendapati mangsa pertama (Muhammad Adib) yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kundur menghala ke Pilin.

“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terlanggar tiang menyebabkannya jatuh dan melintang atas laluan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kemudian datang mangsa kedua iaitu Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss bersama pembonceng dari arah belakang dikatakan, tidak sempat mengelak lalu hilang kawalan terbabas di tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Hazri berkata, akibat kemalangan, penunggang Yamaha Y15ZR, Muhammad Adib yang berasal dari Karak, Pahang dan penunggang Modenas Kriss, Muhammad Aiman dari Ipoh, Perak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat jam 2 petang hari ini.

“Pembonceng yang mengalami kecederaan parah dibawa menerima rawatan lanjut di Zon Merah, Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS),” katanya.

Beliau berkata, difahamkan ketiga-tiga mangsa adalah penuntut semester lima di UiTM Kampus Rembau, di sini.

Khairy akan bertanding di Parlimen Seremban?



 

Dua penuntut UiTM maut nahas motosikal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button