Bekas Menteri Kanan Di Siasat SPRM, Cuaca Di Langkawi Ok Kah?

Bekas Menteri Kanan Di Siasat SPRM, Cuaca Di Langkawi Ok Kah?

Bekas Menteri Kanan Di Siasat SPRM, Cuaca Di Langkawi Ok Kah?

Gempar seluruh negara apabila tular berita seorang bekas menteri kanan di era 90’an bersama seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri disiasat SPRM.

Kedua mereka disiasat dalam skandal penyelewengan dana negara bernilai RM2.3 bilion.

Siasatan itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber SPRM memaklumkan siasatan itu adalah lanjutan dari pendedahan dokumen sulit dalam ‘Pandora Papers’ oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ).

Tumpuan siasatan adalah ke atas pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara.
Dan ianya dipercayai didalangi oleh bekas menteri kanan itu ketika beliau berada dalam kabinet.
Transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara dan kejatuhan matawang ringgit pada hujung 90’an.
Dana sebanyak RM2.3 bilion dikatakan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit.
Ia dipercayai telah digunakan untuk diselamatkan (bail out) syarikat gergasi tersebut daripada mengalami kerugian yang lebih teruk.
Siasatan juga bertumpu kepada transaksi dari hasil penjualan saham syarikat tersenarai tersebut, pemilikan aset berharga yang dimiliki kedua mereka.
Malah, semua pemilikan aset ahli keluarga mereka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di dalam dan di luar negara juga akan disiasat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, telah mengesahkan berita tersebut.
Beliau berkata siasatan bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.
Secara tiba-tiba, penulis teringatkan Pulau Langkawi.
Bagaimanakah cuaca di Pulau Langkawi sekarang.
Mungkin panas, cuma penulis berharap tidak ada warga tua yang akan kena strok haba.
Sebab katanya antara kesan strok haba ialah lupa ingatan…😜😜😜

Bekas Menteri Kanan Di Siasat SPRM, Cuaca Di Langkawi Ok Kah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker