Benarkah kroni Mahathir disiasat SPRM?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Benarkah kroni Mahathir disiasat SPRM?

Semalam semua media melaporkan siasatan terhadap 2 individu oleh pihak SPRM berkaitan kes seleweng RM2.3 billion. Ada desas-desus menyatakan 2 individu tersebut ‘rapat’ dengan Tun Mahathir tetapi tidak ada pihak boleh mengesahkannya.



Benarkah 2 individu tersebut merupakan ‘kroni’ Mahathir ketika penyelewengan tersebut berlaku? Adakah selama ini Mahathir melindungi ‘kroni’ beliau untuk kekal berkuasa dan menguasai?

Sebagai rekod, Mahathir merupakan individu yang suka mencampuri urusan Perdana Menteri selepas beliau meletakkan jawatan.

Lebih lagi sekiranya ‘kroni’ yang dikaitkan dengannya tidak mendapat ‘projek’ kerajaan. Jadi, tidak hairanlah pada pandangan mata Mahathir, semua PM selepas beliau serba tidak kena.

Benarkah kroni Mahathir disiasat SPRM?



Hari ini, ada keratan akhbar bertarikh 24 November 1997 mengaitkan sebuah syarikat yang dikatakan pemiliknya merupakan antara yang ‘rapat’ dengan Mahathir.

Bagaimanapun identiti seorang lagi individu yang dikatakan bekas Menteri masih menjadi tandatanya, namun ada cakap-cakap individu tersebut bergelar Tun.



Tindakan siasatan yang dilakukan oleh SPRM sewajarnya disokong semua pihak. Tidak ada sesiapa perlu gusar atau takut sekiranya mereka tidak terlibat dalam penyelewengan RM2.3 billion wang negara.

Mungkin dalam senarai ada lagi individu yang dilabelkan sebagai ‘kroni’ Mahathir akan disiasat sumber kekayaan mereka.

Namun begitu, apa yang rakyat mahukan ialah hasil dari siasatan serta tindakan dari Pejabat Peguam Negara.

Jangan nanti siasatan tinggal siasatan, hasil siasatan diperam atas meja Peguam Negara tanpa sebarang solusi tepat.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button