EPL: Rashford sahut cabaran Rooney

EPL: Rashford sahut cabaran Rooney

EPL: Rashford sahut cabaran Rooney
RASHFORD percaya dia mampu untuk meledak 40 gol pada musim baharu nanti sekiranya kekal cergas. – AFP

NEVADA – Penggempur Manchester United, Marcus Rashford bersedia untuk menyahut cabaran legenda kelab itu, Wayne Rooney untuk memecahkan rekodnya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman The Red Devils.

Rooney sedang mendahului carta penjaring terbanyak kelab itu dengan 253 gol, namun Rashford kini masih memiliki banyak masa selepas dia melanjutkan kontrak lima tahun lagi untuk kekal di Old Trafford.

“Saya harap saya mampu untuk melakukannya. Kamu tidak tahu apa yang akan berlaku, namun tugas saya adalah menjaringkan gol dan cipta bantuan jaringan, jadi sudah pasti kemungkinan untuk saya pecahkan rekod itu tetap ada.

“Sebenarnya saya sudah bercakap dengannya (Rooney) dan dia mahu saya lakukannya. Saya harap saya akan mendapat peluang untuk mencuba dan melakukannya,” katanya.

Selepas merekodkan 30 gol musim lalu, Rashford kini sudah mengumpul 123 gol bersama United, malah pengendali pasukan itu, Erik Ten Hag juga bersikap terbuka dan yakin dengan potensi dimiliki penyerang England itu.

Dalam masa sama, Rashford juga percaya dia mampu menjaringkan 40 gol jika kekal cergas pada musim akan datang. – AGENSI

EPL: Rashford sahut cabaran Rooney


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker