David Teo Akui Tergoda Dengan Rozita Che Wan?

Penerbit, Datuk David Teo mengaku yang dirinya tergoda dengan kecantikan pelakon jelita, Rozita Che Wan. Biar betul?

Menurut laporan Utusan, David mengatakan yang dia tidak boleh bertengang mata dengan Che Ta kerana pelakon itu mempunyai kecantikan yang tersendiri.

Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan. Tapi bukannya dia goda saya, cuma bagi saya dia sangat cantik, bulu matanya menggoda.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth itu memaklumkan mereka pernah bekerjasama dalam sebuah filem di mana Rozita atau mesra dipanggil Che Ta melakonkan 17 babak.

Memang sukar untuk berurusan dengannya kerana dia terlalu cantik.

Membuatkan saya terpaksa mengalih pandangan ke arah lain agar tidak bertentang mata dengannya.

Dalam pada itu, David berkata sepanjang kariernya menjadi seorang penerbit, dia tidak pernah digosipkan berskandal dengan mana-mana pelakon wanita.



Kredit: Utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker