Hadir Kursus Kahwin, MK Malu-Malu Praktis Lafaz Akad Nikah

Penyanyi rap terkenal, MK daripada kumpulan K-Clique seolah-olah memberi bayangan bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuat naik foto berukuran pasport memakai songkok.

Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila rakan artis turut meninggalkan ucapan tahniah di hantaran Instagram penyanyi kelahiran Sabah itu.

Terbaru, tular pula video memaparkan penyanyi lagu Sapu Rata itu menghadiri kursus kahwin bersama seorang ustaz.



Kelihatan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan dipanggil ke hadapan untuk berlatih lafaz ijab dan kabul melalui wakalah.

@mista_bryan801 Kursus kahwin satu kelas dengan MK 😂 hilang ngntok tengok MK 🤣 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #MK ♬ original sound – Mista Bryan

 

Apa yang menjadi perhatian adalah wajah tersipu malu MK ketika hadirin menjerit sah untuk latihan akad bersama seorang gadis bernama Siti Hajar.

Hadirin turut tertawa semasa ustaz bergurau senda menyakat saksi berbaju kelabu dan hijau. Di ruangan komen, salah seorang peserta kursus mengesahkan MK memang hadir mengambil kursus pra perkahwinan tersebut.



@mstarmalaysia Sudah terlambat, kelam kabut punca pegang tangan… MK K-Clique tiada niat pamer kemesraan secara terbuka #beritaditiktok #mstar ♬ original sound – mStar Official

 

Wah, nampaknya memang dah tak lama tu. Semoga dipermudahkan!

Kredit: TikTok | mStar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button