Ribuan rakyat Johor menanti lambaian Agong baharu

Oleh – Syeikh Baran


Ribuan rakyat Johor menanti lambaian Agong baharu
RIBUAN rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi menyaksikan Istiadat Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Orang ramai mula berhimpun di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini seawal pukul 6 pagi bagi meraikan Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang berhimpun terdiri daripada pelbagai kaum dan usia.

Lokasi tersebut merupakan β€˜check point’ ketujuh dalam pergerakan baginda sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini.



Rakyat yang beragama Islam turut menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid berkenaan.

Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker