Jurujual didakwa curi jam tangan mewah bernilai RM5.4 juta

SINGAPURA: Seorang jurujual didakwa di mahkamah hari ini selepas disyaki mencuri jam tangan mewah bernilai kira-kira S$1.6 juta (RM5.4 juta) dari kedai jam tangan Orchard Road di mana tempatnya bekerja.

Lelaki berusia 26 tahun itu juga didakwa mengaut ‘sejumlah besar wang’ daripada individu yang menyerahkan wang kepadanya untuk membeli jam tangan mewah, menurut polis.

Suspek ditahan selepas laporan polis dibuat semalam dan siasatan mendedahkan bahawa lelaki itu menerima wang daripada mangsa antara September 2022 dan bulan ini.

Polis berkata, suspek disyaki menggadai jam tangan yang didakwa dicuri selepas menemui 23 utas jam tangan berjumlah S$900,000 (RM3 juta).

Lelaki itu akan didakwa kerana kesalahan pecah amanah yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker