Khairul Aming belanja staf percutian mewah di Langkawi

Usahawan terkenal, Khairul Aming menjadi perhatian lagi selepas dia menghadiahkan seramai 60 pekerja percutian mewah ke Pulau Langkawi Kedah.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, pempengaruh ini berkata kilang Sambal Nyet di Kelantan ditutup selama 5 hari untuk beri peluang kepada pekerjanya bercuti.

Wah! Seronok betul staf-staf Khairul Aming ni kan? Mana taknya, selain penginapan lima bintang, mereka juga dibawa menaiki kapal mewah termasuk permainan jetski, aktiviti air dan banyak lagi secara percuma. Semua bos payung!

Tak cukup dengan itu, pekerja juga diberi duit belanja untuk membeli belah di pulau terkenal itu. Bolehlah borong coklat dan minyak gamat dekat ahli keluarga. Betul tak?



Pempengaruh ini juga dipuji kerana mengasingkan antara lelaki dan wanita untuk aktiviti air di atas kapal. Untung betul dapat bos pemurah macam ni kan?

Terdahulu, pekerja Khairul Aming dibawa shopping kelengkapan hari raya serta diberi bonus di atas kerja keras mereka untuk memenuhi permintaan Sambal Nyet.

Kredit: Instagram Khairul Aming

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker