Semangat kem Belanda lain macam

Doha: Kapten Belanda, Virgil van Dijk, berkata dia hanya ‘menghormati’ bintang Argentina Lionel Messi tetapi pada masa sama percaya persefahaman tinggi dalam kem Belanda boleh mencipta perbezaan dalam aksi suku akhir Piala Dunia.

Belanda bukan selalunya pasukan yang dikenali dengan semangat berpasukan tinggi di Piala Dunia tetapi berbeza sekali ketika mereka pulang ke hotel selepas menewaskan Amerika Syarikat pada 16 terakhir.

Jurulatih Louis van Gaal mengetuai pemainnya dengan menari serta meraikan kemenangan bersama petugas hotel dan Van Dijk percaya perpaduan dan persefahaman dalam skuad Belanda adalah istimewa.

“Setiap orang tahu peranan dan tanggung jawab masing-masing untuk berjaya,” kata pertahanan Liverpool itu.



“Sukar untuk pemain yang tidak tersenarai dalam kesebelasan. Terdapat 15 pemain mahu beraksi dalam skuad utama tetapi gagal.

“Setiap orang juga sukar kekal di situ tetapi mereka berjaya dan itu menjadi kunci kemenangan.”

Tiada masa lagi berparti apabila Belanda menentang Argentina dalam pertembungan dua pasukan paling ikonik di Piala Dunia.

Gergasi Amerika Selatan itu menang ketika kedua-dunya bertemu di separuh akhir 2014 menerusi penentuan penalti seleaps kedudukan terikat 0-0.



Van Dijk berkata, Belanda berlatih sepakan penalti dan perlu bersedia dengan prospek penentuan penalti sekali lagi.

“Kami berusaha sebaik mungkin untuk itu tetapi harapnya tidak dan kami dapat tentukan perlawanan lebih awal.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker