PAS Perak kena penyakit ‘gila meroyan’

Oleh – Bakhtiar Omar


PAS Perak kena penyakit 'gila meroyan'

PAS – Parti Islam Se-Malaysia (Perak) seakan terkena penyakit ‘gila meroyan’ bila Ketua Pembangkang berkongsi tema Konvensyen PAS Perak.

Penyakit ‘gila meroyan’ sememangnya sangat sinonim dengan PAS yang seringkali menggambarkan mereka sangat kuat bila bersama BERSATU dan GERAKAN dalam Perikatan Nasional.

Pada PRU15, Perikatan Nasional memenangi 26 kerusi DUN manakala BN 9 dan Pakatan Harapan 24. Memandangkan Kerajaan Pusat mencapai kata persetujuan membentuk Kerajaan Perpaduan, PH Perak mengambil keputusan untuk membentuk kerajaan negeri bersama BN Perak.

PAS Perak kena penyakit 'gila meroyan'

Menteri Besar Perak kekal disandang BN manakala Exco Negeri turut diisi oleh wakil PH di Perak selain BN. PN kekal sebagai pembangkang di Perak.

Razman Zakaria, menerusi hantaran di facebook memberi gambaran PAS sudah bersedia mengambil alih teraju negeri apabila mendakwa ada beberapa ADUN Kerajaan Perak bertemu dengan beliau.

Laporan asal – PAS Sedia Teraju Perak – 21/5/2023

Bagaimanapun, Razman tidak berani mendedahkan identiti ADUN yang didakwanya telah berjumpa dengan beliau.

Agak melucukan selaku ADUN dan Ahli Parlimen, Razman tidak mengkaji sepenuhnya Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan di Perak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti sudah diwartakan pada 6 September 2022 dan berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022.

“Sehingga kini, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak sudah menguatkuasakan Enakmen Negeri masing-masing, berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN,” – Datuk Seri Azalina Othman Said – 23/2/2023

Adakah Razman hendak memberitahu akan ada Akuan Bersumpah dikemukakan dalam Dewan Undangan Perak sekaligus membawa undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak dalam sesi Mesyuarat Dewan Negeri?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker