Robot hantar barang runcit ke rumah pelanggan

Robot hantar barang runcit ke rumah pelanggan

Robot hantar barang runcit ke rumah pelanggan
ROBOT-robot yang membawa barangan runcit dilepaskan secara bebas di jalan-jalan Greater Manchester-AGENS

LONDON: Majlis Perbandaran Trafford memperkenalkan beberapa set robot penghantaran barangan runcit dari kedai ke rumah pelanggan.

Lapor Mirror.co.uk, robot-robot berkenaan yang dinamakan Starship dicipta bagi mempromosikan tiada pemanduan kenderaan oleh para pelanggan ke kedai runcit dan hanya menunggu barangan yang ditempah sampai ke rumah.

Starship mempunyai bentuk empat segi, enam roda, tahan lasak, boleh bergerak di atas jalan tar dan akan berkeliaran di jalanan di Sale, di Greater Manchester.



Sehingga kini, lebih 24,000 penduduk mempunyai akses kepada perkhidmatan itu dengan dua agensi terlibat dalam penghasilan robot-robot berkenaan iaitu Starship Technologies dan Majlis Perbandaran Trafford.

Pesanan barangan boleh dibuat melalui aplikasi sebelum disimpan ke dalam robot dan dihantar ke rumah pelanggan.

Barangan runcit dikunci dengan selamat di dalam robot yang mempunyai sistem keselamatan teguh sebelum selamat berjalan di atas turapan di mana ia perlu pergi.

Jika projek perintis ini berjaya, ia akan dilancarkan di lebih banyak kawasan di Greater Manchester.



Ahli Eksekutif Perkhidmatan Alam Sekitar Majlis Trafford, Stephen Adshead berkata, robot-robot itu sangat menyeronokkan dan ia kelihatan hebat melihat robot-robot berkenaan mengelilingi jalan-jalan di daerah itu.

β€œTetapi ada mesej yang lebih serius di sini, Majlis Perbandaran Trafford komited sepenuhnya untuk membantu alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon. Robot elektrik boleh menyumbang dengan baik ke arah matlamat tersebut,” ujarnya.

Sophia, robot android pertama miliki kewarganegaraan, kini mahu anak

Robot hantar barang runcit ke rumah pelanggan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah DAP Sudah Berubah?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker