Bomba tenangkan lelaki cuba bunuh diri

Seremban: Seorang lelaki membatalkan hasratnya untuk membunuh diri di rumahnya di sini, selepas dipujuk bomba, tengah hari ini.

Dalam 12.30 tengah hari itu, lelaki berkenaan dikatakan mengamuk di dalam rumah sebelum itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Norazlan Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu 12.45 tengah hari.

“Anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban bergegas ke lokasi. Kejadian membabitkan seorang remaja lelaki ingin melakukan cubaan bunuh diri.

“Sebaik kami tiba, lelaki berkenaan sudah berada dalam rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, keadaan rumah agak bersepah.

“Dia berada di tingkat atas dan kami membawanya turun sebelum menenangkannya dan menasihatkannya mengenai tindakan yang mahu diambilnya.

“Selepas beberapa ketika, lelaki itu dilihat lebih tenang dan kira-kira 20 minit kemudian, pihak polis tiba sebelum kami menyerahkan kes ini kepada agensi berkenaan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker