Captain Cook High-Tech Ceramic Skeleton RM19,150 seunit

PETALING JAYA: Penggemar jam tangan terkemuka buatan Switzerland, Rado sekali lagi berpeluang mendapatkan koleksi ‘Captain Cook High-Tech Ceramic Skeleton’ yang direka unggul, bercita rasa mewah dan penuh gaya.

Rekaan yang mempunyai 1,962 kepingan seramik ‘skeleton’ itu adalah kreativiti baharu, inovatif dan menyerlahkan gaya si pemakai dengan penampilan tersendiri.

Koleksi terkini itu menonjolkan pergerakan automatik serba baharu dengan rangka platinum pada papan pemuka jam terpahat halus dan diserikan geometri indah manakala ciri visual dipadankan dengan ketepatan luar biasa pergerakan itu serta simpanan kuasa 80 jam.

Ia turut didatangkan dengan bezel berputar seramik penuh, yang memaparkan ukiran sisipan seramik hitam laser dengan nombor jelas.



Menurut Naib Presiden Pemasaran Antarabangsa Rado, Rico Steiner, rekaan baharu itu memperlihatkan The Fiery New Shades of Exploration Bonn yang menyerlahkan Captain Cook terkini dengan reka bentuk rangka baharu, termasuk elemen pergerakan R808 inovatif, kontra menakjubkan dan geometri.

Katanya, koleksi baharu itu berharga RM19,150 seunit.

“Dengan perwatakan tanpa kompromi, jam tangan baharu ini menyatukan kuasa utama dunia mineral ke dalam ciptaan seramik berteknologi tinggi plasma dengan kebolehpercayaan, ketepatan dan keaslian sepenuhnya.

“Rangka seramik berteknologi tinggi Captain Cook baharu sesuatu yang semula jadi bagi meraikan keunikan dalam dunia aksi, semangat dan cabaran sengit,” katanya.



Terdahulu, beliau menyampaikan pembentangan koleksi Rado 2022/2023 daripada penghasilan evokatif, Centrix baharu daripada yang diperkenalkan pada 2010 dengan ciri paling kecil 30.4 milimeter (mm) dan yang terbesar berukuran 39.5mm di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Jenama Rado, Penny Chong dan Ketua Pengurus Jenama peruncitan antarabangsa dan serantau Rado, Rene Furler.

Rico berkata, menerusi model terbaru ini, padanan warna gelap dan terang seperti sentuhan kelabu plasma dan warna mawar-emas memberi daya tarikan pada keseluruhannya.

“Di bahagian belakang pula sarung titanium juga membawa kristal nilam untuk pandangan jelas serta tidak terhalang bagi pergerakan dan komponen jam teras.

“Oleh sebab itu, Rado mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Sarjana Material’ yang disublimasikan dalam persekitaran berapi-api di mana suhu plasma mencapai kira-kira empat kali ganda daripada yang terdapat di permukaan matahari.

“Di dalamnya terdapat pergerakan rangka R808 berkaliber automatik Rado yang membolehkan pandangan berbeza dari pelbagai bahagian, secara terperinci bagi peminat seni bina kompleks atau mekanisme rumit,” katanya.

Katanya, gerakan automatik sengaja dibuat ringkas, dengan indeks geometri yang ringkas dan jarum jam, minit serta Super-LumiNova untuk meningkatkan kebolehbacaan dalam keadaan cahaya malap.

“Selain itu, ia mengekalkan halangan visual pada tahap minimum membolehkan mata menikmati keindahan pergerakan rangka apabila menatap jam,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker