Isteri Haqiem Rusli Dikritik Selekeh Dan Cincai

Isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi tumpuan ramai selepas mengambil keputusan membuka hijab sejak Syawal lalu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan berpendapat wanita berusia 21 tahun ini kelihatan lebih manis bertudung.

Tak kurang juga yang mengkritik caranya berfesyen apabila hanya menyepit rambut ketika hadir ke majlis pelancaran produk kecantikan baru-baru ini.

 

 

@wannurhaiza Replying to @Mawar Nazlin💐🌹 ♬ original sound – Haiza

 

Difahamkan, Anis Sofea dilantik sebagai duta untuk jenama tempatan dan ketika sesi pelancaran dia perlu menanda tangan ‘board’ yang terpampang wajah dan namanya.

Menurut netizen, isteri Haqiem Rusli tidak profesional dari segi pemilihan pakaian dan fesyen rambut apabila pengasas produk kelihatan lebih menonjol daripadanya.

Ada juga segelintir netizen menegur tindakan spontannya yang secara tiba-tiba ketawa membuatkan suasana menjadi canggung.

Kredit: TikTok @wannurhaiza

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker