Rakyat Jerman derita long Covid dapat pencen

Rakyat Jerman derita long Covid dapat pencen

Rakyat Jerman derita long Covid dapat pencen
PETUGAS kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika virus itu mengancam dunia pada 2020. FOTO AFP.

Berlin: Lebih 1,000 rakyat Jerman yang mengalami kesan long Covid telah mendapat kelulusan pencen kerana kapasiti pendapatan yang berkurangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan akhbar tempatan pada Khamis.

Akhbar Rheinische Post yang memetik jurucakap insurans pencen berkata, insurans pencen Jerman telah meluluskan 1,088 tuntutan untuk penurunan kapasiti pendapatan oleh individu yang terjejas akibat gejala long Covid pada 2022.

Pada tahun 2021, terdapat 89 pencen penurunan kapasiti pendapatan berkaitan dengan Covid-19 dengan 13 daripadanya disebabkan oleh long Covid.



Menteri Kesihatan Karl Lauterbach pada Rabu berkata, kemungkinan lebih banyak perkhidmatan sokongan diperlukan individu yang mengalami kesan jangka panjang Covid-19 pada masa hadapan.

Beliau membentangkan program Covid yang panjang yang menyediakan portal maklumat dan €40 juta (AS$44 juta) dalam pembiayaan penyelidikan. Bagaimanapun ia jauh lebih rendah daripada €100 juta yang disebutkan pada awal tahun ini.

Rakyat Jerman derita long Covid dapat pencen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button