KJ hanya berminat jadi PM?
Jawatan Ahli Majlis Tertinggi bukan pilihan
Oleh Nurul Aisyah
UMUM sudah maklum bahawa Khairy Jamaluddin (KJ) belum memuktamatkan lagi parti mana yang bakal beliau sertai setelah dibuang dari UMNO. Menurut KJ, beliau memerlukan lebih banyak masa untuk mempertimbangkan tawaran menyertai parti politik lain.
Sebagaimana yang kita tahu, KJ dikatakan bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri (PM). Kriteria parti yang bakal menang dalam Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16) sudah tentu menjadi pilihan utama beliau memandangkan ianya akan menjadi batu loncatan untuk jawatan PM.
Adakah KJ sedang menunggu “lamaran” dari Parti Keadolan Rakyat (PKR) bagi merealisasikan cita-cita beliau?
Memandangkan PKR belum membuat tawaran maka KJ dikatakan memberi alasan tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan hanya kerana enam pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir.
“Apabila kita ada peluang kedua untuk pilih parti politik, saya tidak ambil keputusan ini dengan ringan. Saya tak mahu buat keputusan hanya kerana PRN semakin hampir.
“Saya mahu pilih dengan rela hati sebab parti itu mewakili nilai saya dan pendirian politik saya,” katanya semasa podcast Keluar Sekejap petang tadi.
Adakah ini merupakan jawapan kepada tawaran terbuka Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin agar bekas ahli parlimen Rembau itu menyertai parti mereka dan menjawat jawatan ahli majlis tertinggi? Beliau seolah-olah menplak secara baik “lamaran” dari Muhyiddin kerana jawatan ahli Majlis tertinggi bukan jawatan yang diidam-idamkan.
KJ dipecat daripada Umno pada Januari 2023 apabila beliau secara vokal menyerang presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.