Pesanan Terbaru DS Najib Kepada Akar Umbi UMNO

Pesanan Terbaru DS Najib Kepada Akar Umbi UMNO

Sejak kebelakangan ini, isu pengampunan DS Najib semakin kerap dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.

Ianya dijadikan modal oleh pihak musuh UMNO untuk memecahbelahkan UMNO.

Sebagaimana yang pernah penulis katakan, Perikatan Nasional sedar, sekiranya mereka menggunakan jurucakap mereka sendiri, ianya akan disambut sinis oleh akar umbi UMNO.

Apa yang mereka lakukan adalah dengan ‘membeli’ beberapa individu yang sebelum ini dilihat sebagai penyokong tegar DS Najib untuk menaburkan hasutan mereka.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/05/22/hasutan-undi-pn-najib-bebas/

Akar umbi UMNO dan rakyat yang simpati dengan DS Najib cuba dikelirukan.

Kononnya kepimpinan UMNO yang ada sekarang tidak melakukan apa-apa untuk mendapatkan keadilan untuk DS Najib.

Malah ada yang menuduh kepimpinan UMNO sekarang sebenarnya mahu DS Najib terus berada di dalam penjara untuk survivor politik mereka.

Perikatan Nasional berharap, dengan berbuat demikian, UMNO akan gagal untuk mendapat kemenangan di dalam pilihanraya di 6 negeri yang akan datang.

Ianya pasti akan memberikan imej yang buruk kepada UMNO dan UMNO akan dilihat sudah semakin lemah.

Dengan cara itu, Perikatan Nasional berharap agar akan ada pemberontakan dari akar umbi UMNO supaya kepimpinan yang ada sekarang digugurkan.

Namun, pesanan terbaru dari DS Najib kepada akar umbi UMNO memberikan gambaran yang jauh berbeza.

Melalui DS Rosmah, DS Najib berpesan kepada akar umbi UMNO supaya menjaga UMNO dan biarkan parti keramat ini jatuh.

Dari pesanan itu, dapat juga kita fahami, DS Najib sebenarnya masih lagi mempunyai keyakinan penuh kepada rakan-rakan beliau yang menerajui UMNO sekarang.

Oleh itu, janganlah terpengaruh dengan hasutan pihak Perikatan Nasional yang sebenarnya mahu melihat UMNO terkubur.

Apa yang perlu akar umbi UMNO lakukan ialah bersabar dan sama-sama berganding bahu untuk memulihkan kembali imej UMNO.

Itulah yang DS Najib mahu akar umbi UMNO lakukan dan itulah yang mesti dilakukan.

 

Pesanan Terbaru DS Najib Kepada Akar Umbi UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker