PM: Hanya T20 Tidak Dapat Subsidi Elektrik Dan Haji

PM: Hanya T20 Tidak Dapat Subsidi Elektrik Dan Haji

Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim menjelaskan hanya golongan T20 sahaja yang tidak akan mendapat subsidi elektrik dan haji.

Beliau berkata demikian di dalam Dewan Rakyat ketika menjawab soalan lisan dari ahli parlimen Larut, Hamzah Zainuddin.

Menurut Anwar, keputusan kerajaan itu diambil kerana kerajaan yakin golongan tersebut mempunyai kemampuan.

Anwar menambah, sistem penyelarasan data utama (PADU), akan menyelaras pengagihan subsidi kepada yang layak.



PADU dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

PM: Hanya T20 Tidak Dapat Subsidi Elektrik Dan Haji

“Kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan kepada T20”.

“Untuk T20 saja iaitu rumah besar (didiami T20), tidak akan diberi subsidi elektrik dan pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua,” jelas Anwar.

Dalam sesi yang sama, Anwar menjelaskan kerajaan akan menambah subsidi haji kepada golongan B40.



“Bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah”.

“Tetapi kepada T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan”.

“Mereka (T20) harus tanggung kos sepenuhnya haji kerana mereka mampu (bayar),” tambah Anwar.

Dengan penjelasan Anwar, golongan B40 dan M40 boleh menarik nafas lega.

Sebelum ini pihak pembangkang cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu kenaikan tarif elektrik.

Ternyata tuduhan mereka bahawa Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang menindas rakyat marhaen adalah tidak benar.

 

PM: Hanya T20 Tidak Dapat Subsidi Elektrik Dan Haji

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker