Ramai ahli UMNO masih tidak faham kedudukan parti UMNO hari ini.

Oleh Adam Malik

Sehingga waktu ditulis rencana ini, boleh lah kita buat rumusan masih ramai ahli UMNO masih tidak faham kenapa UMNO ambil Tindakan tertentu.

Atas sebab tidak faham , maka ramai ahli UMNO terikut ikut Hasutan pihak lawan yang ambil kesempatan.

UMNO tidak akan ambil posisi seperti hari ini , jika UMNO miliki kerusi yang banyak Ketika PRU15.



Apakah UMNO mahu berama PH jika UMNO miliki 112 kerusi?

Pepatah menyatakan “Pengemis tiada pilihan”.

Apakah seorang pengemis boleh menolak roti yang diberi kerana terlalu lapar dan menyatakan ‘saya tidak suka roti, Saya suka nasi”?

Jika sudah terlalu lapar makan sahaja lah apa yang dihulur.



Mungkin jahil antara sebab mereka berpendirian tidak mahu selari dengan keputusan kepimpinan.

Tidak kah mereka (ahli ahli UMNO yang bertentangan) tahu UMNO tidak akan ambil posisi memilih Pakatan Harapan jika kerusi UMNO banyak dan mencukupi.

Malah UMNO telah pilih mahu jadi pembangkang yang baik dan membantu rakyat.

Namun, kerajaan yang UMNO mahu bangkang tidak dapat diujudkan atas sebab  Perikatan Nasional tidak cukup kerusi dan enggan mahu bersama Pakatan Harapan.

Maka  apabila Parlimen tergantung , sesuatu mesti dilakukan oleh YDPA yang bertanggungjawab.

Negara tidak mampu lagi mengadakan PRU baru lagi memandang kos yang tinggi dan rakyat baru sahaja penat berkempen dan mengundi.

Apa yang dilakukan oleh YDPA ada lah mempelawa Barisan Nasional memilih salah satu ganbungan sebagai parti bertanggungjaab kerana negara perlu berfungsi sementara tunggu PRU16.

UMNO dan BN bertanggungjawab dan memilih Pakatan Harapan sebagai pilihan.

Bukan kerana mahu menjilat sesiapa.

Maka, apabila muncul PRN 6 negeri , sudah Pasti lah BN perlu menang bersama kerajaan yang ia sedang bersama, tiada isu jilat menjilat seperti difitnah oleh pihak tertentu.

Ini lah posisi yang UMNO dan BN ambil.

Ahli harus celik mata,  UMNO dalam keadaan hari ini kerana kerusi nya sedikit.

Ini bukan waktu bermusuh dengan semua orang, ini waktu untuk UMNO kumpul kekuatan sementara tunggu PRN16.

Apa yang diperlukan oleh UMNO dari ahli nya, ada lah ikut sahaja keputusan parti.

Semua sudah difikirkan , tiada kepimpinan UMNO menjilat DAP hanya bertindak ikut keperluan semasa sahaja.

Harap ahli bawahan faham situasi hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker