Buat saja di sekolah dalam skala sederhana – Rahmad Mariman

 

Oleh Pena Merah

Buat saja di sekolah dalam skala sederhana - Rahmad Mariman
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman

Melaka akan mengeluarkan satu arahan berhubung majlis graduasi atau majlis apresiasi di peringkat sekolah supaya tidak membebankan ibu bapa terutama penganjuran di hotel.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ia susulan tular di media sosial majlis sedemikian yang sudah menjadi trending atau ikutan guru sekolah rendah.

“Dalam hal ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka berpandangan sambutan itu tidak salah tapi bukanlah secara besar-besaran dan kita memang tak galakkan ia dibuat di hotel-hotel.



“Buat saja di sekolah dalam skala sederhana dengan belanja yang minimum dan tidak membebankan ibu bapa.

“Selepas ini kita akan keluarkan arahan mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media selepas menyantuni 211 calon SPM Negeri Melaka pada hari pertama peperiksaan bertulis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Mohd Ghazali Ahmad.

Semalam, media melaporkan pelakon Adrea Abdullah, 47, mempersoalkan tindakan pihak sekolah menjadikan ‘trend’ hari graduasi di hotel lima bintang dengan bayaran antara RM150 hingga RM200 bagi setiap pelajar.



Tindakan guru besar yang sengaja memilih mengadakan majlis berkenaan di hotel mewah dakwanya, seolah-olah mahu menunjukkan sesebuah sekolah itu bertaraf mewah dan hebat di media sosial tanpa memikirkan dilema dihadapi ibu bapa apabila terpaksa berbelanja sehingga RM500 untuk majlis berkenaan.

Mengulas lanjut Rahmad berkata, arahan yang bakal dikeluarkan itu perlu menjadi rujukan semua sekolah di negeri ini.

“Tapi arahan itu bukanlah bermaksud kita tak bagi buat di hotel, cuma tak digalakkan kerana dibimbangi akan membebankan ibu bapa,” katanya.

-MalaysiaGazette-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker