Tiz Zaqyah Akui Sudah Lama Tak Makan Pisang

Tidak dinafikan pemikiran kotor sesetengah orang, tidak kira lelaki atau perempuan pasti akan membuatkan orang lain berasa takut. Situasi ini sama seperti yang dilalui pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang tidak berani untuk menikmati buah pisang ketika berada di tempat awam.

Perkara itu didedahkan Tiz di Twitter di mana sehingga hati ini dia tidak berani untuk memakan buah pisang kerana pemikiran kotor segelintir lelaki.

Sampai ke hari ini saya tak makan buah pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir orang.

Tiz berkongsi perkara itu selepas retweet seorang pengguna Twitter yang selalu berdepan gangguan seksual ketika menikmati buah pisang.

Penatlah bila orang nak ‘sexualise’ (kaitkan) makanan dengan aktiviti seks. Tengok perempuan makan ais krim, kau fikir seks. Tengok kami makan siput sedut, kau fikir seks.

Ohmedia pun tak faham kenapa perlu berfikiran macam tu melainkan orang yang makan sesuatu benda tu memang sengaja mahu menarik perhatian dengan melakukan gerakan tak sepatutnya. Apapun itu makanan, tidak perlulah kita lakukan sebaliknya.



Kredit: Kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker