800 penduduk Hallstatt rimas dengan kebanjiran pelancong

Vienna: Lembaga pelancongan Hallstatt di Austria, memasang panel kayu di kampung yang dipercayai menjadi inspirasi di sebalik filem hit Disney, Frozen, kerana tidak senang dengan pengunjung yang gemar mengambil swafoto di kawasan berkenaan.

Daily Star melaporkan, panel itu diletakkan di kawasan di kaki Pergunungan Salzkammergut dengan harapan ia akan menghalang pengunjung bergambar.

Pemasangan panel itu adalah sebahagian daripada projek perintis sementara untuk menangani kebanjiran pelancong di kawasan berkenaan.



Kampung terletak dalam kawasan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unesco) itu menempatkan kira-kira 800 penduduk.

Bagaimanapun, pergunungan bersalji, seni bina dan spekulasi bahawa Hallstatt adalah ‘Arendelle’ yang digambarkan dalam Frozen kini menarik kedatangan sehingga 10,000 pengunjung sehari.

Perkampungan itu sangat popular sehingga menjadi tular beberapa kali, dengan kawasan itu mula dipaparkan menerusi program Korea Selatan yang dipanggil Spring Watch pada 2006.

Ia terus mendapat minat selepas replika bandar itu dibina pada harga 700 juta pound sterling (kira-kira RM4 bilion) di Guangdong, China, pada 2011.



Pada 2013, filem Disney yang memecahkan rekod ‘Frozen’ ditayangkan, seterusnya menyebabkan kampung kecil itu menjadi perhatian selepas dikhabarkan bahawa Hallstatt ia adalah Arendelle yang sebenar.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button