Baby Shima Minum Susu Dari Botol?

Penyanyi Baby Shima tampil menjawab isu video minum susu yang dimuat naiknya di akaun Instagram baru-baru ini merupakan satu insiden kontroversi.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata video berkenaan dirakam hanya sekadar mahu memberitahu botol minuman tersebut dianggap unik.

Aik, kontroversi? Tu kan saya tengah tunjuk dekat followers saya yang air itu unik. Itu sahaja.

Baby Shima yang ditemui ketika temu bual sempena Konsert Dangdut Koplo Milenial yang bakal diadakan pada 12 Ogos.

Tambahan, sewkatu ditanyakan berkenaan penglibatannya dalam konsert berkenaan yang mungkin akan dipolitikkan, Baby Shima berkata perkara tersebut perlu diajukan kepada pihak penganjur.



 

Maaf, soalan saya rasa salah… sepatutnya tanyakan pada organizer sebab mereka yang berhempas pulas kerja dengan kos untuk menjayakan konsert ini.

Kalau kami ni artis yang bekerja untuk menjayakan konsert ini sahaja.

Tak ada persiapan. Langgar je. Perform macam biasa. Apa yang keluar waktu persembahan, itu jadinya.

Saya juga tak sabar untuk beraksi sepentas dan membawa rakan-rakan dari Indonesia untuk bergoyang di Malaysia. Harap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri.

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

 

Kredit: Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker