Kemasukan dua Broker UMNO – PAS bakal huru hara dalam masa tiga tahun.

Amat pelik untuk dua bekas pemimpin UMNO yang sangat diketahui sebagai Kluster Broker dan sebagai  “Cai” Mahathir menyertai PAS.

Apa mesej yang mereka tidak sengaja memberitahu?

Adakah PPBM akan dipupuskan  nanti dan dijadikan anak ayam Proklamasi Mahathir?



Ini kerana Proklamasi Mahathir sangat tidak laku memandangkan imej dan perbuatan Mahathir sangat anti-melayu , walaupun lidah nya menyebut mahu membantu Melayu.

Mahathir alami defisit kepercayaan.

Banyak pihak tidak mahu berurusan dengan Mahathir kerana sukar untuk mempercayai Mahathir , lalu Mahathir perlu guna pihak lain untuk menjayakan Hasrat nya.



Maka , kemasukan kedua mereka ini kedalam PAS dan bukan kedalam Bersatu dipercayai ada lah bertujuan ini.

Namun sebelum ini berlaku , PAS harus didoktrin kan untuk  menerima kehendak Mahathir setelah Haji Hadi sendiri pergi mengadap Mahathir.

Jika difikirkan kedua Annuar Musa dan Shahidan Kassim amat sesuai menjadi ahli Parti Bersatu memandangkan banyak jasa yang banyak ditaburkan kepada Parti Bersatu selama ini.

Tapi , apabila memilih untuk menyertai PAS , makai a mendatang kan persoalan.



Tidak mungkin Annuar sekadar mahu menjadi ahli biasa dan tiada berperanan didalam PAS.

Berapa lama Annuar dan Shahidan boleh bertahan menjadi ahli biasa didalam PAS?

Maka, kita diportal ini menjangka kan kedua mereka ini akan bertindak menjayakan motif mereka dalam masa tiga tahun.

Maka , Ketika itu nanti kita akan lihat PAS akan menerima Nasib sama seperti yang dialami oleh UMNO.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button