Lelaki dikehendaki dalam kes cabul direman 4 hari

Petaling Jaya: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian mencabul seorang wanita di tepi jalan di kawasan Sea Park.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan di kawasan Ara Damansara pada Jumaat lalu.

“Pada 28 April lalu, polis menerima laporan dari seorang wanita berusia 20-an yang sedang berjalan kaki dan dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

“Suspek yang berpakaian hitam dan memakai pelitup muka melarikan diri selepas ke arah tidak pasti,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pada jam 10.15 malam polis menahan suspek warga tempatan di kawasan Ara Damansara, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan suspek dikehendaki polis bersabit dua kes iaitu di Wangsa Maju dan Kelana Jaya. Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,”katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker