Akar umbi Bersatu tolak KJ?

Ramai lagi pemimpin Bersatu layak jadi calon PRN

Oleh Nurul Aisyah

BENAR bagai disangka, Khairy Jamaluddin (KJ) tidak diterima oleh akar umbi Bersatu. Mereka tahu sikap KJ yang akan “melawan” presiden memandangkan beliau mahu jawatan tertinggi.

Jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang Muhyiddin tawarkan kepada KJ tidak akan mampu menyekat “gerakan” tumbangkan presiden yang mungkin KJ buat kelak.

Memetik sumber, ahli Bersatu meluahkan rasa tidak senang hati apabila KJ ditawarkan kerusi dalam MPT parti kerana merasakan ada individu lain lebih layak untuk jawatan itu.

Dua pemimpin bahagian, yang enggan didedahkan memberitahu, tawaran itu tidak disambut baik kerana KJ bukan ahli Bersatu.

Mereka mempertikaikan tindakan Muhyiddin Yassin yang tidak melibatkan akar umbi dalam perbincangan sebelum mengumumkan tawaran itu sedangkan akar umbi yang bertungkus lumus bekerja.

Malah akar umbi menjangkakan Muhyiddin akan menawarkan KJ kerusi pada PRN jika beliau menerima tawaran Bersatu. Perkara ini akan mengundang perasaan kecewa ahli yang mungkin berharap diletakkan sebagai calon pada PRN.

Secara tidak langsung, akan wujud protes dalaman dan mengancam perpaduan parti.

Minggu lalu, Muhyiddin mempelawa KJ menyertai Bersatu dan menawarkannya kerusi MPT. Namun begitu, KJ menegaskan perlukan masa untuk mempertimbangkan masa depan politiknya. Mungkin KJ sedar beliau tidak diterima oleh akar umbi Bersatu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker