4 Beradik Terabai Setelah Di Halau

4 Beradik Terabai Setelah Di Halau

4 Beradik Terabai Setelah Di Halau

 

Entah apa puncanya, seorang nenek tergamak menghalau empat cucu yang berusia 11 tahun hingga 10 bulan keluar dari rumah di Bota, semalam.

Keempat-empat beradik itu ditinggalkan di hadapan sebuah kompleks kerajaan oleh seorang wanita sekitar pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada 5.39 petang semalam.

Ianya menerusi laporan polis yang dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

Katanya, pengadu memberitahu, kehadiran empat beradik itu disedari pengawal keselamatan setelah mereka ditinggalkan seorang wanita.

Wanita tersebut dilihat memandu kereta jenis Toyota di hadapan pondok pengawal.

Hasil pertanyaan terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia menyatakan bahawa mereka dihalau dari rumah oleh nenek mereka.

Kemudian mereka dihantar ke kompleks berkenaan dengan menaiki kereta oleh wanita tidak dikenali.

Pengadu kemudiannya menghantar empat beradik itu ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Gopeng untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak berkenaan.

Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin memberitahu, siasatan kes berkenaan sedang dijalankan pihak polis dengan kesemua kanak-kanak itu kini berada di hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Walau apa pun alasannya, adalah sangat tidak wajar nenek kanak-kanak berkenaan mengambil tindakan sebegitu.

Mengapa tergamak meninggalkan darah daging sendiri di tepi jalan tanpa dapat dipastikan keselamatan mereka.

Semuga nenek yang tidak bertanggungjawab dan berhati perut itu akan segera dapat dikesan dan diambil tindakan tegas.

Benar seperti pesanan orang-orang tua, dalam dunia haiwan tiada manusia, tetapi dalam dunia manusia ada banyak haiwan.

 

4 Beradik Terabai Setelah Di Halau

 

Temui Kami:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker