Kenyataan Khairil Nizam Dedahkan Hasrat Sebenar PN Terhadap UMNO

Kenyataan Khairil Nizam Dedahkan Hasrat Sebenar PN

Kenyataan Khairil Nizam Dedahkan Hasrat Sebenar PN

Sikap bermusuhan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PPBM dan PAS terhadap Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO tidak pernah padam.

Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam, dalam kenyataan beliau.

Khairil Nizam secara terbuka mendesak supaya Presiden UMNO, DS Zahid, berundur sekiranya PH dan BN tewas dalam 6 pilihanraya negeri yang bakal menjelang.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1104918/andai-ph-bn-tersungkur-ahmad-zahid-perlu-berundur-secara-terhormat

Agak menghairankan, mengapa hanya Presiden UMNO sahaja yang menjadi sasaran Khairil untuk membuat desakan supaya berundur?

Mengapa beliau tidak membuat desakan yang sama terhadap Pengerusi PH, Anwar Ibrahim?

Bukankah PH dan BN akan berkerjasama dalam pilihanraya negeri tersebut?

Dan sekiranya tewas, bukankah ianya bermaksud kekalahan bersama PH dan BN?

Bagi penulis, sudah jelas lagi bersuloh.

Kenyataan yang dibuat oleh Khairil Nizam jelas mendedahkan niat sebenar PN untuk mengambil alih UMNO tidak pernah akan terpadam.

Mengapa mereka bersikap demikian?

Sekiranya Presiden UMNO yang juga merupakan Pengerusi BN berundur dan dapat digantikan dengan calon yang berpihak kepada mereka, maka sokongan 30 ahli parlimen BN akan beralih arah.

Secara en-bloc Pengerusi BN yang baharu akan membawa 30 ahli parlimen ke blok PN.

Benar, dengan peralihan sokongan 30 ahli parlimen BN, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim masih lagi tidak runtuh.

Kerajaan Perpaduan mempunyai sokongan 148 ahli parlimen dan sekiranya kehilangan sokongan 30 ahli parlimen BN, Kerajaan Perpaduan masih lagi mempunyai 118 sokongan ahli parlimen.

Jangan lupa GRS Sabah mempunyai 6 orang ahli parlimen, manakala PBM, KDM dan BEBAS mempunyai 4 orang ahli parlimen.

Dengan sokongan GRS, PBM, KDM dan BEBAS, maka PN akan mempunyai 114 sokongan ahli parlimen.

Ini membolehkan mereka mengusulkan undi tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim dan seterusnya membentuk kerajaan.

Jangan hairan, sekiranya ini berlaku, maka negara akan dilanda fenomena Hari Terkejut 2.0 apabila semua kes yang melibatkan pemimpin mereka digugurkan tanpa sebab.

 

Kenyataan Khairil Nizam Dedahkan Hasrat Sebenar PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker