Mahathir Lari dari Kleptokrasi kepada Proklamasi

 

 

Oleh Adam Malik

Perjuangan politik Mahathir hanya konsisten dari sudut kepentingan peribadi dan matlamat sahaja.

Selain itu Mahathir boleh bertukar tukar cara dan bertukar tukar sahabat dan musuh.

Yang Mahathir suruh benci Mahathir sendiri boleh suka jika perlu , seperti mana Mahathir boleh suruh ahli UMNO dan orang Melayu membenci DAP.



Ketika Mahathir hilang sokongan orang Melayu , Mahathir main ‘race card’  menyuruh orang Melayu membenci DAP.

KemudIan apabila Mahathir mahu menjatuhkan parti orang Melayu UMNO , Mahathir menggunakan DAP pula.

Mahathir boleh ke kiri dan kekanan ikut cuaca.

Seperti kata Yahudi Amerika Dr Henry Kissinger ‘ Amerika tiada kawan dan musuh yang tetap, yang Amerika ada  hanya kepentingan (interest) tetap.



Jika ramai masih ingat lagi, apabila Mahathir mahu menjatuhkan UMNO yang enggan menjadi Pak turut nya, Mahathir mencipta dulu satu gelaran  dan melalui gelaran yang dicipta itu Mahathir serang bertubi tubi sehingga orang kampung percaya benda tidak betul semacam betul.

Mahathir perguna gelaran “Kleptokrasi” kepada kepimpinan Barisan Nasional selain ulang cakap ‘penyamun’ ‘perompak’.

Konon konon nya bermain secara method yang diguna panglima propaganda Hitler ‘goebbels’.

Ulang ulang sebut untuk menanam dalam minda rakyat , walau pun cerita nya sekadar wayang sahaja.

Cuma yang Mahathir belum lakukan ada lah tabur pamphlet propaganda dari pesawat seperti Goebbels.

Jika diperhatikan Mahathir sudah tidak berani lagi sebut “kleptokrasi” atau benci ‘rasuah’ semenjak kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara terdedah.

Zeti Aziz dan suami nya didapati memiliki sejumlah wang didalam akaun mereka di Singapura.

SPRM hanya mampu mebawa pulang RM65 juta dari semua jumlah RM700 juta.

Semenjak peristiwa diketahui oleh rakyat Malaysia , Mahathir sudah segan untuk menyebut perkataan “kleptokrasi” lagi.

Malah parti PEJUANG yang konon ditubuhkan untuk melawan rasuah juga sudah dipinggir kan oleh Mahathir.

Kini Mahathir tumpu kepada agenda ‘Proklamasi Melayu” pula.

Bagi yang tudak tahu ‘track record’ Mahathir dengan melayu pasti terkinja kinja menyangka Mahathir tulin dalam hal melayu.

Mereka lupa siapa Mahathir selama 22 tahun dan 22 bulan.

Kami juga mendapat beberapa ‘feedback’ dari beberapa pihak dan sedang mengatur bagaimana untuk memaklumkan  rakyat apa sebenar agenda Mahathir.

Ambil kira juga kenapa dua kuncu Mahathir memilih untuk menyertai parti PAS dan bukan parti Bersatu.

Adakah menyambung tugas sama didalam UMNO untuk dilaksanakan kepada PAS?

Nantikan episode Seterus nya dari portal kami.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker