Mungkinkah KJ Menjadi Trojan Horse UMNO?

Mungkinkah KJ Menjadi Trojan Horse UMNO?

Mungkinkah KJ Menjadi Trojan Horse UMNO?

Dalam perbualan melalui WhatsApp antara penulis dengan rakan, timbul satu teori yang agak pelik.

Namun pada pandangan penulis ianya mempunyai kebenaran walau pun kemungkinannya adalah sangat kecil.

Kita semua sememangnya maklum, Khairy Jamaluddin (KJ) sudah dipecat dari UMNO.

Beliau dipecat kerana sikap beliau yang mengkritik UMNO dalam kempen PRU 15.



Selepas KJ dipecat dari UMNO, beliau menyertai Hot FM sebagai penyampai radio.

Platfom yang paling berkesan untuk menarik sokongan.

Kemudian beliau bersama-sama Shahril Hamdan membuat satu slot atas talian untuk membicarakan tentang politik.

Slot itu dinamakan Keluar Sekejap (KS).



Kita semua tahu, di sebalik onar yang KJ lakukan di dalam UMNO, tidak dapat dinafikan, beliau mempunyai pengaruh yang agak kuat di kalangan orang muda.

PAS pernah menawarkan KJ untuk menyertai parti mereka, malah dikatakan, PAS bersedia menawarkan jawatan menteri besar kepada KJ.

Namun KJ tidak memberikan apa-apa respon ke atas tawaran yang dibuat oleh PAS.

Terkini, Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin pula membuat tawaran yang sama kepada KJ.

Tetapi KJ dilihat masih keberatan untuk menerima tawaran tersebut.

Alasan yang diberikan KJ adalah beliau tidak boleh terburu-buru untuk menyertai mana-mana parti politik.

Agak menghairankan, seorang ahli politik oprtunis seperti KJ menolak tawaran dari PN.

Apakah mungkin KJ ‘sengaja’ dikeluarkan dari UMNO untuk menarik sokongan anak muda dan selepas itu beliau akan diterima balik?

Sekiranya benar, kemasukan KJ di dalam UMNO sudah pasti akan membawa sama sokongan anak muda kepada UMNO.

Mungkin kepimpinan UMNO sekarang sudah menimbangkan antara mudarat kecil dan mudarat besar untuk melakukan strategi tersebut.

Serta mungkin juga KJ sudah insaf dengan kesilapan yang beliau lakukan setelah berada di luar gelanggang politik.

Namun begitu, ini hanyalah teori untuk kita fikirkan bersama.

Jangan pula dituduh penulis berpihak kepada KJ.

Dulu, kini dan In Sya Allah, selamanya tidak akan berlaku.

 

Mungkinkah KJ Menjadi Trojan Horse UMNO?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker