KJ kesal ada media tak ambil konteks penuh cadangan mansuh pencen penjawat awam

KJ kesal ada media tak ambil konteks penuh cadangan mansuh pencen penjawat awam

KJ kesal ada media tak ambil konteks penuh cadangan mansuh pencen penjawat awam
KHAIRY. FOTO media sosial

Kuala Lumpur: Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan klik umpan (clickbait) berhubung cadangannya memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam, tanpa mengambil konteks penuh cadangan berkenaan.

Khairy berkata, beliau secara spesifik dan jelas menyatakan bahawa cadangan itu adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan ke atas mereka yang sedang dalam perkhidmatan, demi menjaga fiskal negara.

“Saya kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan clickbait tanpa mengambil konteks penuh mengenai cadangan saya berkenaan memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam, sekali gus mengelirukan pembaca.



“Ikuti ulasan penuh mengenai isu ini dalam Episod 53 (podcast) #KeluarSekejap di YouTube,” kata beliau Facebooknya, hari ini.

Semalam, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan, melalui rancangan podcast Keluar Sekejap berkenaan, bersetuju dengan cadangan pakar ekonomi supaya membatalkan pencen Ahli Parlimen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO




Beliau turut mencadangkan pencen penjawat awam dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara kerana kerajaan mungkin menanggung hingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang jika tidak dimansuhkan.

Bagaimanapun, Khairy dalam kenyataannya itu menyebut supaya pencen kakitangan awam baharu saja yang ditiadakan, contohnya selepas satu tarikh yang ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cadangan itu, bagaimanapun, dibidas oleh Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yang menggesa supaya tiada mana-mana pihak mempertikaikan pencen yang diterima kakitangan kerajaan dan menyifatkan cadangan itu tidak wajar.

KJ kesal ada media tak ambil konteks penuh cadangan mansuh pencen penjawat awam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button