“Rehatlah Mengadu Dekat Mak Abah Di Syurga” – Keluarga Mangsa Bakar (Video)

Ibarat dirasuk syaitan, seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh kekasihnya dengan kejam semata-mata kerana mahu merahsiakan kehamilan luar nikah.

Memetik laporan Berita Harian, suspek berusia 20 tahun didakwa memukul kekasihnya sehingga pengsan dan menikam perut mangsa sebelum bertindak membakarnya sebanyak dua kali.

@wanirshid Rehatlah sayang. Mengadu lah dekat mak abah awak di syurga 🤲🏻🤍#sungaibesar #fyp ♬ Tertawan Hati – Awdella

Di TikTok, ahli keluarga mangsa memohon orang ramai tak menyebarkan gambar arwah untuk menghormati keluarga yang baru sahaja kehilangan orang tersayang. Mereka menyerahkan siasatan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini.



Rehatlah sayang. Mengadulah dekat mak abah awak di syurga.

Menurut jiran yang enggan didedahkan identiti, mangsa adalah anak yatim piatu dan disifatkan sebagai pendiam.

Kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan. Saya bukan sahaja terkejut, malah seakan-akan tidak percaya dengan tragedi menyayat hati ini.

Jelas jiran lagi, ibu mangsa meninggal dunia tahun lalu, manakala bapanya pula meninggal setahun sebelum itu. Dia sebagai jiran terkejut apabila gambar mangsa mula tersebar di media sosial kerana amat mengenalinya.



 

 

@wanirshid Rehatlah sayang. Mengadu lah dekat mak abah awak di syurga 🤲🏻🤍. #sungaibesar #fyp ♬ Tertawan Hati – Awdella

 



Mangsa dikatakan sudah 10 tahun menyewa di kawasan taman perumahan itu bersama dua adik beradiknya. Mangsa hanya keluar untuk bekerja dan tak banyak bercakap.

Kredit: Berita Harian | TikTok

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button